Nasional

Covid-19: Seorang lagi meninggal dunia, kematian bertambah 17

SEORANG lagi mangsa jangkitan virus Covid-19 meninggal dunia hari ini. Kes kematian ke-17 iaitu pesakit kes ke-1251 merupakan seorang warganegara Malaysia dan berusia 66 tahun. Mangsa mempunyai beberapa penyakit kronik.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac lalu.

“Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama.

“Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada pukul 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” kata Dr. Noor Hisham.-SM

 

 

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button