Luar Negara

FDA tangguh mesyuarat tentukan vaksin Pfizer pada kanak-kanak

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS)  menangguhkan mesyuarat panel penasihat mengenai penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun.

Penangguhan mesyuarat itu semalam adalah kerana FDA memerlukan lebih banyak data.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan FDA pada asalnya dijadual pada 15 Februari ini iaitu minggu depan.

Xianhua melaporkan, agensi itu memaklumkan, ia telah menyemak maklumat percubaan baharu yang tiba selepas permohonan Pfizer dan BioNTech untuk memperolah kebenaran kecemasan dan memutuskan ia memerlukan lebih banyak data daripada percubaan berterusan dos vaksin ketiga kepada kanak-kanak yang lebih muda untuk meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan.

“Kami percaya maklumat tambahan mengenai penilaian berterusan dos ketiga harus dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada faktor dalam membuat keputusan untuk potensi kebenaran,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Pihak Pfizer dan BioNTech semalam memaklumkan bahawa mereka menjangkakan data mengenai tiga dos yang tersedia akan diperoleh pada awal April nanti. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button