Berita

‘Ibu Takaful’ mahu bangkit semula selepas terlepas dari pertuduhan AMLA

Bukan mudah untuk seorang wanita bernama Zuriati Mohamed Yusoff, 49 atau dikenali sebagai ‘Ibu takaful’ yang dahulunya berada di puncak kerjayaan kini jatuh sekelip mata apabila dia terpaksa berdepan 25 pertuduhan kes pengubahan wang haram bernilai RM1.8 juta beberapa tahun lalu.

Walaubagaimanapun kini beliau diberi nafas baharu dan bangkit semula setelah dibebaskan daripada semua pertuduhan tersebut pada 10 Mac lalu.

“Selepas saya didakwa, sudah semestinya miskin dan akaun dibekukan malah paling menyedihkan saya terpaksa menyerahkan agensi saya pada orang lain.

“Dahulu saya berada di puncak, saya ada segala-galanya kereta mewah, rumah banglo, pendapatan yang tinggi namun sekarang saya hanya mampu menyewa rumah dan meminjam kereta Viva adik untuk bergerak kemana-mana.

Zuriati bersama peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid

“Bayangkan dari seorang yang tidak mempunyai masalah wang, kini keadaan menjadi sebaliknya apabila akaun saya dibekukan”, katanya semasa sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini pada Selasa.

Jelasnya lagi kemenangan ini memberi cahaya buat dirinya selepas kejatuhan yang paling gelap dalam hidupnya selama empat tahun perbicaraan, sembilan hari secara sembilan hari secara keseluruhannya merangkumi 24 saksi pendakwaan yang memberi keterangan terhadap pertuduhan ke atasnya.
Walaupun beliau jatuh terduduk namun, beliau masih bersyukur kerana suami dan anak-anaknya masih menyokong dari awal.

Sementara itu, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, anak guamnya telah didakwa menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram.

Anak guam saya didakwa memperdaya seorang individu bergelar VVIP bagi mendapatkan satu cek bernilai RM1,849,719.75 dengan memalsukan resit pembelian enam polisi insurans yang mana adalah tidak wujud.

“Perbicaraan yang telah berlangsung selama sembilan hari secara keseluruhannya merangkumi keterangan yang diberikan 24 saksi pendakwaan sebelum Hakim Mahkamah Sesyen mengarahkan anak guam saya untuk membela diri. Enam saksi telah dikemukakan oleh anak guam saya di peringkat pembelaan termasuk seorang saksi pakar,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Zuriati yang juga bekas pengarah sebuah syarikat agensi insurans didakwa menerima wang berjumlah RM1,849,719.75 yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam akaun semasa bank milik syarikat Millionaire Synergy Sdn Bhd.

Bagi empat pertuduhan, Zuriati didakwa menggunakan wang antara RM20,000 hingga RM90,000 melalui cek bank sebagai pembayaran kepada dirinya dan seorang individu lain.

Manakala, bagi 20 pertuduhan lain, tertuduh didakwa memindahkan wang antara RM10,000 hingga RM435,080 daripada akaun semasa syarikat itu ke dalam akaun miliknya dan 17 individu berbeza.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Kota Damansara, Petaling Jaya antara 21 Mei hingga 6 Julai 2018. Pendakwaan terhadap Zuriati dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

ARTIKLE BERKAITAN :>

 

Isteri Guan Eng akan didakwa bawah AMLA

 

Bank Rakyat lanjut tawaran kadar keuntungan 2.15% setahun sehingga 31 Januari 2023

 

@zuriatibillionaire

Personal Coaching #KakZuShares #SuperAchiever #BillionairePartner #WomenWithSoul #takafulcoach #marketing

♬ original sound – KakZu |Takaful Coach – KakZu | Sales Coach

(Visited 225 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button