Ekonomi

NPI Hektar Reit naik 17.8 pada suku pertama 2022

Kuala Lumpur, 23 Mei 2022 – Hektar Asset Management Sdn. Bhd., (Hektar REIT), merekodkan hasil sebanyak RM29.11 juta, meningkat 8.7 peratus berbanding RM26.78 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya yang berakhir 31 Mac 2022.

Hektar REIT dalam kenyataannya berkata, hasil yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan sewa, pendapatan tempat letak kereta dan penghunian hotel yang lebih tinggi, selaras dengan REIT runcit dan hospitaliti lain.

Sentimen runcit keseluruhan bagi suku ini kekal positif kerana ia disokong oleh peningkatan dalam jualan runcit berikutan permintaan yang tersekat daripada suku lepas.

“Pendapatan hartanah bersih Hektar REIT meningkat 17.9 peratus kepada RM16.62 juta berbanding RM14.09 juta yang dicatatkan pada suku pertama 2021, manakala pendapatan direalisasi bagi suku dalam tinjauan meningkat 110.7 peratus kepada RM13.74 juta berbanding RM5.52 juta pada suku pertama 2021,” kata Hektar REIT.

Manakala pendapatan seunit meningkat sebanyak 106.6 peratus kepada 2.92 sen untuk suku pertama 2022 berbanding 1.41 sen untuk suku pertama 2021.

Mengulas lanjut, walaupun dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar, Hekta REIT dapat membawa masuk penyewa baharu dan memuktamadkan penyewaan sedia ada.

Kadar keseluruhan portfolio kepenghunian Hektar REIT kekal stabil pada 84.8 peratus pada suku dalam tinjauan.

“Sokongan utama untuk pusat beli-belah Hektar kekal positif kerana Golden Screen Cinemas (GSC), penyewa utama kami di Subang Parade, Central Square dan Kulim Central, telah mula menjalankan perniagaan mereka. Komitmen oleh penyewa utama sedemikian adalah bukti keyakinan terhadap prospek jangka panjang pusat beli-belah. Hektar REIT optimistik secara berhati-hati bahawa akan ada pemulihan secara beransur-ansur apabila negara beralih ke fasa endemik dengan penarikan sekatan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa,” katanya lagi.

Retail Group Malaysia (“RGM”) juga menjangkakan industri runcit akan pulih pada 2022 selepas mencatatkan kadar pertumbuhan 26.5 peratus tahun atas tahun pada suku keempat 2021, yang melebihi jangkaan pasaran.

RGM menjangkakan jualan runcit akan berkembang sebanyak 6.3 peratus pada tahun 2022.

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button