Luar Negara

39 rakyat Palestin dibebaskan dari penjara dalam perjanjian pertukaran tahanan

AGENSI Anadolu (AA) melaporkan, kumpulan pertama 39 tahanan Palestin dibebaskan dari Penjara Ofer Israel di Barat Ramallah sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan Hamas-Israel.

Semalam, Israel dan Hamas melaksanakan pertukaran tahanan pertama sejak konflik yang bermula 7 Oktober lalu.

Di bawah perjanjian Israel-Hamas, tahanan akan dibebaskan secara berkumpulan dalam tempoh empat hari.

Kementerian Luar Qatar memaklumkan, Hamas membebaskan 24 rakyat Israel dan warga asing sebagai pertukaran untuk membebaskan 39 tahanan Palestin dari penjaranya dalam kumpulan pertama pertukaran.

“ICRC (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) menerima 24 orang awam termasuk beberapa wanita dan kanak-kanak di bawah perjanjian gencatan senjata kemanusiaan,” kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari di X.

ICRC dalam kenyataannya berkata, mereka lega untuk mengesahkan pembebasan 24 tebusan dengan selamat.

“Kami telah memudahkan pembebasan ini dengan membawa mereka dari Gaza ke sempadan Rafah, menandakan peranan kami sebagai perantara neutral antara pihak,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengesahkan 12 rakyat Thailand turut dibebaskan Hamas.

“Pihak keselamatan dan Kementerian Luar mengesahkan 12 warga Thailand sudah dibebaskan. Pegawai kedutaan dalam perjalanan mengambil mereka,” katanya di X.

Pejabat media kerajaan di kawasan dikepung pada Khamis berkata, rakyat Palestin yang maut dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 14,854 orang termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 lagi cedera.

Angka korban rasmi Israel pula berjumlah 1,200 orang. – SM

BACA Kronologi perjuangan Palestin menentang kezaliman Israel

BACA Tahanan Palestin mogok lapar selama 131 hari akhirnya dibebaskan

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button