AgamaNegeriRencah Hidup

Raja Muda rai 6 penceramah PISC pada santapan tengah hari

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat meraikan enam penceramah terkenal antarabangsa yang hadir ke Perlis bagi menjayakan program “Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2024” dalam satu majlis santapan tengah hari di Galeri DiRaja Arau hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan cederamata kepada penceramah antarabangsa PISC 2024 di Galeri DiRaja Arau.

Berangkat sama anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Ilmuwan Islam yang terlibat adalah Sheikh Assim Al-Hakeem, Dr. Muhammad Salah, Sheikh Wasim Kempson, Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, Sheikh Hussain Yee dan Dr Zakir Naik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan meraikan enam penceramah antarabangsa PISC 2024 pada majlis santapan tengah hari di Galeri DiRaja Arau.

PISC 2024 yang diadakan pada 27 dan 28 Januari ini mulai pukul 9 pagi hingga 6 petang di Dewan 2020, Kangar adalah seminar antarabangsa yang julung kali diadakan bertemakan “Light Of Tawheed” yang menyasar penyertaan masyarakat tempatan dan luar negeri datang ke Negeri Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan cederamata kepada penceramah antabangsa PISC 2024 yang diraikan dalam santapan tengah hari di Galeri DiRaja Arau.

Program berkenaan adalah salah satu inisiatif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam perkembangan ilmu yang dilaksanakan melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Pusat Dakwah MAIPs, Perlis Centre of Wisdom dengan kerjasama beberapa lagi rakan strategiknya. – SM

BACA 4 penceramah luar negara sampaikan kutbah Jumaat 26 Januari di Perlis

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button