Hiburan

Norjuma Habib Didenda RM1,000 Selepas Mengaku Salah Tampar & Cakar Wanita

KUALA LUMPUR – Bekas personaliti TV dan usahawan, Norjuma Habib Mohamed didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencederakan seorang wanita dalam kejadian empat tahun lalu.

Norjuma, 45, yang sebelum ini menafikan tuduhan, menukar pengakuannya kepada bersalah dalam prosiding di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim. Jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara selama sebulan.

Mengikut kertas pertuduhan, Norjuma menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 32, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada 18 Oktober 2021 jam 10.30 pagi. Tindakan itu melanggar Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Peguam bela, Faiz Kamal Jaafar memohon agar anak guamnya hanya dikenakan denda memandangkan Norjuma kini tidak bekerja dan sedang melanjutkan pelajaran, dengan kos sara hidup ditanggung oleh bapanya yang merupakan pesara.

Pendakwa raya, Iman Nurhidayah Ezani, pula meminta hukuman setimpal dijatuhkan bagi memberi pengajaran.

Tahun lalu, Norjuma turut berdepan lima pertuduhan lain, termasuk mendatangkan kecederaan dan merosakkan harta di sebuah kondominium di Taman U-Thant.

Sumber : Refleks!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

shahrin

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button