Politik

Separuh rakyat Malaysia dijangkiti Covid-19 jika diadakan PRU15 – Tun Mahathir

TINDAKAN untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 dalam masa terdekat ini wajar bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jika PRU15 diadakan tidak mustahil separuh daripada rakyat Malaysia akan dijangkiti wabak itu dan ramai akan meninggal dunia.

“Saya berpendapat daripada pengalaman kita di Sabah apabila ada PRU maka Covid-19 akan merebak sehingga sekarang pun tidak berhenti.

“Kalau kita ada PRU lagi sekali, 50 peratus daripada kita akan dijangkiti Covid-19 dan ada yang akan meninggal,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) Putrajaya hari ini.

Oleh itu kata Ahli Parlimen Langkawi itu, desakan beberapa pihak supaya diadakan PRU15 awal tidak perlu dilayan.

Katanya, kerajaan tidak perlu menurut kemahuan sesetengah pihak yang kemaruk kuasa semata-mata.

“Kalau kita utamakan politik, macam sesetengah orang kata prinsip tak perlu yang penting adalah politik.

“Ada PRU, kita gadai nyawa orang lain bukan nyawa kita,” katanya.

Kenyataan Dr. Mahathir itu dipercayai merujuk kepada apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu UMNO mendesak agar PRU15 diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button