NasionalNegeri

Badan penguatkuasa fokus kepada ketirisan barangan bersubsidi

PENJAWAT awam terutamanya badan penguatkuasa termasuk di Kelantan harus beri tumpuan kepada ketirisan yang melibatkan barangan bersubsidi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, subsidi seharusnya dinikmati golongan miskin namun banyak yang “disakau”.

“Negara ini Makmur tetapi bocornya banyak. Percayalah subsidi itu sendiri yang maksudnya untuk orang miskin tetapi disakau, ini banyak (berlaku). Minyak masak disakau, diesel disakau, jadi sampai bila nak cukup?

“Sebab itu badan penguat kuasa termasuk di Kelantan kena perhati, laksana dengan baik, tak boleh lagilah kita lakukan begitu,” kata Perdana Menteri Anwar ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Kepada Penjawat Awam Kelantan di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kelantan, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Kelantan Nazran Muhammad.

Mengulas lanjut, Anwar turut memberi contoh subsidi elektrik yang seharusnya dinikmati rakyat biasa, kini turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi.

“Berapa subsidi elektrik? RM30 bilion kalau tak dikawal tahun ini. Jadi, kalau subsidi elektrik sebegitu rupa, macam mana nak bina sekolah dan universiti baru?

“Sebab itu, baru-baru ini kita batalkan keputusan sebelum ini yang mahu batalkan sebahagian subsidi elektrik dan naikkan kadar elektrik.

“Saya kata tak boleh kalau dinaikkan kadar elektrik bagi rakyat yang tengah susah, ini jadi satu beban.

“Jadi, apa pilihan kita ada? Bagi yang terkaya kita naikkan (kadar elektrik) bagi rakyat tidak dinaikkan,” ujar beliau. – SUMBER FMT – SM

 

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button