Politik

Noraini letak jawatan menteri serta-merta

KETUA WANITA UMNO Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad meletkkan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

Keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos lalu.

“Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

“Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Parit Sulong itu percaya, Kerajaan telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.

Katanya, beliau akan meneruskan usaha tersebut walaupun tidak lagi menjadi ahli Kabinet Persekutuan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.

“Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua,” katanya.-SM

 

(Visited 230 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button