Nasionalpilihan

Peluang Untuk 1 Juta Rakyat Malaysia Menjadi Sukarelawan Komuniti Membendung Covid-19

Sebagai usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19, Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) merangka satu gerak kerja yang strategik untuk komuniti.

Antaranya dengan memperkenalkan program 1 Juta Sukarelawan yang membolehkan komuniti di seluruh negara bertindak sebagai rakan kerjasama kepada petugas barisan hadapan.

Menurut Presiden PPPKAM, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar, inisiatif untuk mengumpul 1 juta sukarelawan tercetus menerusi program Sukarelawan Komuniti Covid-19 (CVC19).

“Program CVC19 pada mulanya dengan kerjasama Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada April tahun lalu.

“Hasil daripada gerak kerja tersebut, masyarakat berjaya menikmati kesedaran yang tinggi berkait bahaya Covid-19 dan angka semasa kes wabak tersebut dapat dikawal,” katanya.

Zainal Ariffin berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan satu jawatankuasa khas untuk komuniti akan ditubuhkan.

Sementara itu, Penyelaras CVC19 Johor, Datuk Amilizan Mazlan menyifatkan idea untuk melibatkan komuniti sebagai sukarelawan sangat berjaya di peringkat akar umbi.

“Peningkatan angka yang berlaku ketika ini berkemungkinan disebabkan segelintir anggota masyarakat kurang rasa bertanggungjawab terhadap isu sekeliling.

“Untuk menimbulkan sifat peka dalam komuniti, setiap orang harus mendaftarkan diri untuk menjadi salah seorang daripada 1 Juta Sukarelawan bagi melawan wabak ini,” katanya.

Sekiranya berminat, berikut adalah link pendaftaran untuk menjadi 1 Juta Sukarelawan!

>> DAFTAR UNTUK JADI 1 JUTA SUKARELAWAN <<

(Visited 527 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button