Auto Travel

Proton X50 Kereta Jenama Tempatan Yang Melangkaui Jangkaan

Kemunculan model terbaharu daripada Proton seperti X50 mengembalikan kegemilangan jenama kereta tempatan tersebut dalam kalangan masyarakat.

Proton X50 yang dilancarkan baru-baru ini dilancarkan dengan spesifikasi menarik serta mampu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penggemar automobil.

Enjin berteknologi volvo Proton X50 merupakan enjin Drive-E yang dibangunkan bersama Volvo dan Geely mampu memecut sepantas 7.9 saat dari 0-100 km/j.

Dalam masa sama, Proton X50 dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih padu serta amat canggih bagi kereta jenama tempatan.

Proton X50 adalah sebuah SUV segmen B terbaharu dari Proton dan dibina berdasarkan model Geely Binyue sekali gus menjadikan aspek yang direka bentuk hampir serupa.

Jika hendak dibandingkan dengan Proton X70, reka bentuk Proton X50 tidak kurang hebatnya dan ia boleh didapati dalam enam pilihan warna yang menarik termasuk dua warna baharu seperti Jingga Citric Orange dan Merah Passion Red.

Bagi penggemar automobil ataupun sesiapa sahaja, Proton X50 mampu menjadi aset yang berbaloi untuk dimiliki lantaran spesifikasinya yang sangat maju ke hadapan dan lebih menarik, ia juga memiliki panduan parkir secara automatik.

(Visited 810 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button