Nasional

Penjelasan laporan media isu pengwujudan pusat jagaan warga emas di fasiliti kerajaan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin membuat penjelasan berkaitan liputan berita mengenai kenyataan Kementerian mengenai ‘Pengwujudan Pusat Jagaan Warga Emas di Fasiliti Kerajaan’ yang disiarkan di beberapa media pada 22 November 2023.

KPWKM mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak media yang melapor dan menyiarkan berita berkaitan KPWKM di platform media masing-masing.

Namun demikian, KPWKM ingin membuat sedikit pembetulan kepada maklumat di dalam liputan berita tersebut.

Maksud kenyataan adalah – Dalam usaha menyediakan sistem sokongan dan persekitaran kondusif bagi meningkatkan penyertaan 60% wanita dalam pasaran buruh,

Kerajaan mengambil langkah proaktif melalui penyediaan insentif kepada pengusaha TASKA di fasiliti Kerajaan.

Kerajaan juga menyediakan kemudahan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak di TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seperti semua sedia maklum, Malaysia sedang menuju status negara tua menjelang tahun 2030. Justeru, Kerajaan menggalakkan lebih ramai pengusaha untuk menyediakan fasiliti penjagaan warga emas.

Diharap dengan kenyataan ini dapat  membetulkan kekeliruan maklumat yang dilaporkan sebelum ini.

KPWKM menghargai kerjasama dan memohon pihak media untuk terus menyokong KPWKM dan kerajaan dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan dasar, fungsi serta inisiatif-inisiatif kementerian kepada rakyat.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
23 NOVEMBER 2023

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button