fbpx
Ekonomi

Noh Omar letak jawatan Pengerusi MISC

MISC Bhd mengumumkan bahawa Tan Sri Noh Omar yang baru saja dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 1 Jun lalu telah meletak jawatan, berkuatkuasa 17 Jun 2020.

“Tan Sri Noh Omar telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan selepas berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noh berharap Lembaga MISC dan pengurusannya akan mencatatkan kejayaan dalam usaha menerajui syarikat itu ke tahap yang lebih tinggi.

Sebaliknya, Lembaga Pengarah MISC turut memberikan harapan yang sama ke atas Noh dalam usaha dan masa depan beliau.

MISC adalah perkhidmatan serta penyelesaian maritim yang berkaitan dengan tenaga antarabangsa terkemuka.

Perniagaan utama kumpulan terdiri daripada perkhidmatan pengangkutan bahan api dan aktiviti yang berkaitan, pemilikan serta pengoperasian penyelesaian terapung luar pesisir, pembaikan termasuk kerja naik taraf marin, kejuruteraan dan pembinaan, perkhidmatan maritim bersepadu, khidmat pelabuhan dan terminal serta pendidikan dan latihan kelautan.-BERNAMA 


(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button