Sukan

Nishikori positif coronavirus, dua minggu sebelum Terbuka AS

BINTANG tenis Jepun, Kei Nishikori berkata, semalam, dia telah diuji positif Covid-19 ketika berada di Florida, hanya dua minggu sebelum kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) membuka tirai pertandingan di New York pada 31 Ogos ini.

Bekas pemain No. 4 dunia yang berusia 30 tahun itu telah tinggal di Akademi IMG dekat Brendon, Florida dan bertindak menarik diri daripada menyertai Terbuka Western & Southern, salah sebuah kejohanan pemanas badan menjelang kejuaraan Grand Slam itu.

“Pagi ini (semalam) ketika saya berada di Florida, saya telah diuji positif Covid-19.

“Kali ini, saya terpaksa menarik diri daripada pertandingan Cincinnati. Kami merancang untuk terbang ke New York, esok (hari ini), tetapi nampaknya kami terpaksa kekal berada di Florida,” kata Nishikori dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Nishikori menambah, dia tidak mempunyai banyak simptom dan akan mengasingkan dirinya sendiri.

Terdapat beberapa pemain telah menarik diri daripada Terbuka AS, tahun ini ekoran kebimbangan terkena jangkitan coronavirus yang telah menjangkiti 5.3 juta orang di AS dan membunuh hampir 170,000 penduduk, menurut laporan Reuters.

Juara bertahan, Rafael Nadal dan pemain wanita No. 1 dunia, Ashley Barty antara yang enggan terbang ke AS.

Juara bertahan dalam saingan wanita, Bianca Andreescu yang turut menarik diri berkata, wabak itu telah menjejaskan kemampuannya untuk mencapai prestasi pada tahap tertinggi. – Daily Mail UK – SM

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button