Nasional

Azalina nafi kata SPRM gugur siasatan PN terima dana syarikat judi

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menafikan beliau pernah menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan siasatannya ke atas dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat judi untuk membiayai kempen PRU 2022.

“Saya ingin menegaskan jawapan yang saya berikan dalam Dewan Rakyat bagi pihak SPRM tidak menyatakan apa-apa siasatan berkenaan dakwaan berhubung perkara ini telah dihentikan atau digugurkan.

“Sebaliknya SPRM hanya menyatakan tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang diperoleh setakat ini bersifat umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa untuk memulakan siasatan ke atas kes jenayah. – SM

BACA Nasional Muhyiddin Yassin masih di SPRM Putrajaya beri keterangan

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button