Politik

Nik Abduh, 7 Ahli Parlimen Pas tarik sokongan kepada kerajaan satu fitnah

NAIB Presiden Pas, Idris Ahmad menafikan dakwaan anak bekas Mursyidul Am, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan tujuh Ahli Parlimen parti itu akan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat yang disifatkannya sebagai fitnah jahat dan tidak benar.

Beliau percaya penyebaran khabar angin mendakwa Ahli Parlimen Bachok itu dan tujuh Ahli Parlimen Pas menarik balik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan merosakkan hubungan erat pemimpin parti yang membentuk kerajaan PN.

Beliau berkata, dakwaan itu juga bertujuan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat bahawa kerajaan PN akan jatuh dalam masa terdekat dan mengalihkan perhatian terhadap masalah dalaman dihadapi musuh gabungan pemerintah itu.

“Sejak semalam, gambar ini disebar pemfitnah yang maha jahat. Saya jawab mudah saja, sebab apa tidak sebut 19 Ahli Parlimen PAS keluar, tidak sokong PN, baru ‘rare’.

“Mereka juga berbuat demikian demi memenuhi modus operandi mereka, ‘target’ setiap pimpinan PAS akan difitnah dan yang penting, biar fitnah ini ditularkan dahulu, mereka yakin akan ada yang percaya, walaupun setelah dinafikan,” katanya hari ini.

Terdahulu, satu catatan mengandungi gambar Nik Abduh berdiri di tepi sungai dan bendera Pas berkibaran yang berbunyi: “Saya ikut jejak UMNO keluar dari kerajaan PN, Pas, PPBM. Insya-Allah bersama 7 Ahli Parlimen PAS, YB Nik Abduh Nik Aziz, Ahli Parlimen Bachok, 21 Jun 2021”. – SM

 

(Visited 400 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button