Hiburan

Nia Sharma tenang hadapi kecaman kerana kek berbentuk kemaluan

BARU-baru ini, bintang filem Bollywood, Nia Sharma dikecam netizen kerana memuat naik sekeping gambar kek yang berbentuk kemaluan lelaki.

Kek tersebut adalah satu daripada kejutan bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang diadakan oleh rakan-rakan rapatnya.

Ramai netizen yang mengecam gambar tersebut dan menyifatkan kek itu sebagai sesuatu yang tidak senonoh untuk disiarkan kepada orang ramai.

Malah, ada juga yang menganggap idea kek tersebut sebagai satu perbuatan terkutuk dan memalukan.

Namun, Nia bagaimanapun tidak menganggap kecaman yang dilemparkan kepadanya sebagai suatu yang serius.

Jelasnya, sambutan dan kek tersebut adalah satu bentuk gurauan daripada rakan-rakannya dan tidak bermaksud apa-apa pun.

Menerusi gambar itu juga, Nia membuat kapsyen ‘Selamat ulang tahun paling kotor ke 30 dalam hidup saya’.

Dia melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada rakan-rakannya di atas usaha dan kejutan yang dianggap istimewa di dalam hidupnya. -SM

(Visited 883 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button