Luar Negara

Serangan di Vienna: Beberapa terbunuh, cedera, penyerang masih bebas

BEBERAPA orang terbunuh dan cedera dalam serangan di Vennna dan sekurang-kurangnya seorang penyerang masih bebas, lapor agensi berita Sputnik.

Menteri Dalam Negeri Austria Karl Nehammer berkata demikian kepada wartawan pada Selasa pagi.

“Menurut maklumat kami, sekurang-kurangnya seorang penjenayah masih bebas,” tambah menteri itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Vienna, Michael Ludwig mengesahkan 15 yang cedera dimasukkan ke hospital berikutan serangan di ibu negara Austria.

“Tujuh daripadanya mengalami kecederaan serius,” kata Ludwig.

Canselor Austria Sebastian Kurz, serta Nehammer menyebut, serangan itu sebagai tindakan pengganas.

Harald Soros mengatakan di TV ORF 1, terdapat beberapa penyerang dan seorang daripadanya masih bebas.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria, Harald Soros berkata, sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa yang lain termasuk seorang pegawai polis cedera parah dalam serangan semalam di Vienna.

Serangan dilakukan di 6 lokasi berbeza termasuk berhampiran rumah ibadat di pusat bandar.

Media Austria melaporkan sehingga tujuh orang terbunuh dalam serangan tersebut. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button