Nasional

Mufti Perlis cadang tukar nama Bon Odori

BERIKUTAN isu pertembungan agama dan budaya yang menjadi pertikaian sesetengah pihak, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin tampil dengan dua cadangan kepada penganjur Festival Bon Odori.

Asri berkata, pertamanya isi sambutan festival itu tidak bersifat keagamaan dengan tidak memasukkan unsur khurafat atau syirik dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.

“Kedua, jika boleh diberikan nama baru atau nama tambahan di samping nama Bon Odori bagi mengelakkan kekeliruan dengan perayaan asal yang mempunyai unsur syirik dan khurafat.

“Ini seperti menamakan festival kebudayaan Jepun, atau masyarakat Jepun. Dengan itu, festival dapat diteruskan, dan polemik dapat dikurangkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Bon Odori ialah acara tarian tahunan yang diraikan sempena perayaan Bon Jepun. Sepanjang tiga dekad lalu, acara tersebut turut diraikan di Malaysia di beberapa lokasi.

Festival Odori di Malaysia menjadi bualan susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad yang menasihatkan umat Islam supaya tidak menghadiri acara tersebut.

Bagaimanapun,Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menghalang program kebudayaan Jepun Bon Odori.

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button