Nasional

Niat baik konon beritahu ada wang tercicir rupanya jadi alasan nak meragut

MEMBERI teguran kepada mangsa bahawa ada duit tercicir sebelum meragut mangsa yang berada dalam keadaan leka.

Taktik itu dilakukan dua suspek lelaki berusia 31 dan 34 tahun yang berjaya ditahan kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisoner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan aktiviti ragut suspek pada 22 Disember lalu.

“Kes berlaku pada hari sama kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa yang berusia 69 tahun dan anaknya berjalan Kaki di tepi Jalan Klang Lama.

“Kemudian, suspek yang menunggang motosikal telah menegur mangsa dan memberitahu bahawa ada duit tercicir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, suspek kemudian telah meragut mangsa yang ketika itu sedang menoleh ke belakang untuk mencari duit kononnya tercicir.

Ujarnya, suspek kemudian terus melarikan diri dan mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan berjumlah RM500.

“Bertindak atas laporan itu, kita telah berjaya menahan dua suspek di di Jalan PJS 3/22, Taman Seri Manja, Petaling Jaya.

“Kedua-dua suspek yang ditahan mengaku teribat dengan kes tersebut,” katanya.

Selain tangkapan, Anuar berkata pihanya turut merampas beberapa barangan antaranya enam telefon bimbit, dompet, pakaian serta motosikal Yamaha LC135 yang disyaki digunakan untuk jenayah itu.

Jelasnya, semakan lampau juga mendapati suspek berusia 31 tahun mempunyai 25 rekod jenayah manakala seorang lagi mempunyai 21 rekod jenayah.

Tambahnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 19 Januari depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button