Luar Negara

New Zealand kini bebas COVID-19

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa negaranya kini secara rasmi bebas daripada sebarang jangkitan COVID-19.

Pengumuman itu dibuat oleh Ardern menerusi saluran media tempatan yang disiarkan secara langsung.

Menurut Ardern, kejayaan itu adalah hasil kerjasama seluruh rakyat selepas negara itu mengumumkan perintah berkurung selama tujuh minggu.

“Kawalan di sempadan bagaimanapun masih diteruskan untuk mengelak jangkitan dari luar merebak ke dalam negara,” katanya.

Negara tersebut yang mempunyai populasi sebanyak lima juta penduduk mencatatkan 1,154 kes COVID-19 dengan 22 kematian.

Bagaimanapun, tiada kes jangkitan baru dilaporkan selama 17 hari dan hanya satu kes aktif dilaporkan sejak lebih seminggu lalu.

Menerusi pengumuman itu juga, New Zealand telah menamatkan semua kawalan pergerakan termasuk membuka semula stadium, kelab malam dan panggung wayang. – SM

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button