NasionalNegeri

Penjawat awam perlu pantas buat keputusan – Pemangku Raja Perlis

PENJAWAT awam perlu menghayati nilai iaitu perlu bertindak dan membuat keputusan dengan pantas dalam sesuatu urusan demi merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada rakyat.

Dalam usaha mencapai nilai kepantasan dalam melaksanakan tugas, penjawat awam perlu memiliki beberapa kompetensi yang seiring dengan keperluan semasa dan warga Pentadbir Universiti Awam perlulah bertindak sebagai agen perubahan dan seterusnya berupaya mengetuai sesuatu perubahan khususnya dalam persekitaran yang tidak menentu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berbincang sesuatu dengan Raja Shah Erman Raja Arifin semasa merasmikan majlis Santapan Budi Gemilang MASTI 2023 di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Denikian titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan majlis Santapan Budi Gemilang MASTI 2023’ yang dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Presiden MASTI, Raja Shah Erman Raja Arifin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis Santapan Budi Gemilang MASTI 2023 di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Turut hadir ke program bertujuan untuk menghargai sumbangan individu-individu dan agensi-agensi yang memperkasakan peranan Pentadbir Universiti Awam di Malaysia tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto dan Pengerusi Jawatankuasa Pendaftar Universiti Awam (JKPUA) Malaysia, Datuk Dr. Musa Ali.

Majlis ni juga disekalikan dengan penganjuran International Seminar On University Management (ISUM III) dan International Volunteerism Corporate Responsibility (IVCORE II) yang merupakan program anjuran Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama MASTI yang diadakan secara dwi tahunan di lokasi terpilih.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan majlis Santapan Budi Gemilang MASTI secara simbolik di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Titah Pemangku Raja, Pentadbir Universiti merupakan teras kepada ekosistem Universiti di mana ia adalah sama pentingnya dengan peranan dan tanggungjawab para akademik. Kecemerlangan universiti juga bergantung kepada kecekapan pihak pengurusan dalam mentadbir dasar dan proses kerja di semua peringkat organisasi’.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap para pentadbir universiti melalui MASTI terus menerokai potensi dan peluang-peluang baharu dalam memperkasakan lagi bakat Pentadbir seterusnya memberi manfaat kepada komuniti sejagat.

Baginda juga mendoakan perjalanan program yang akan berlangsung dipermudahkan dan memenuhi objektif yang ditetapkan. – SM

BACA Bayaran gaji penjawat awam akan diawalkan

BACA Penjawat awam jual air ketum ditahan

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button