Luar Negara

New York catat kamatian tertinggi dalam sehari

NEW York mencatatkan 731 kematian akibat Covid-19 pada Selasa, merupakan angka kematian tertinggi dalam sehari akibat wabak itu.

Ini menjadikan jumlah kematian di negeri itu meningkat kepada 5,489 orang.

Menurut Gabenor New York, Andrew Coumo, itu merupakan satu tamparan buat mereka.

“KIta kehilangan semua 731 orang itu. Yang ditinggalkan oleh setiap orang daripada angka itu ialah individu. Terdapat keluarga, ibu, bapa, adik, kakak, abang. Banyak kesengsaraan hari ini untuk ramai penduduk New York,” katanya pada sesi taklimat seperti yang dipetik daripada Al Jazeera.

Covid-19 sekali menjadikan bandar raya itu sebagai ground zero dalam tragedi negara dan pusat krisis yang membentuk semula kehidupan rakyat Amerika Syarikat.

Sekurang-kurangnya 3,202 maut akibat wabak itu di bandar raya New York sahaja, berdasarkan kepada catatan baharu yang diedarkan oleh pegawai kesihatan.

BACA

Kematian akibat Covid-19 itu meningkat hanya dalam masa beberapa minggu. New York mencatatkan korban pertama pada 13 Mac, kurang daripada dua minggu selepas kes pertama disahkan.

Bagaimanapun kata Coumo, terdapat tanda menggalakkan apabila jumlah pesakit baru yang dimasukkan ke hospital setiap hari sudah menurun sejak tiga hari lalu.

Katanya, kadar kematian terkini itu ekoran mereka yang sudah kritikal yang masuk hospital sebelum minggu ini.

Pihak berkuasa negeri dan bandar raya itu optimis bahawa peningkatan kes sudah mendatar.

Di seluruh Amerika Syarikat (AS) telah mencatatkan 11,000 kematian dengan sekitar 370,000 kes jangkitan disahkan.

Di New York dan beberapa kawasan wabak di Eropah, pihak berkuasa berharap wabak itu kini sudah menghampir penghujungnya berdasarkan kepada kes kematian dan kemasukan ke hospital yang menurun.

Pakar bedah AS, Jerome Adam berkata, sekiranya rakyat AS terus mengamalkan jarak sosial sehingga hujung April, kehidupan mereka akan kembali kepada biasa.

“Saya mahu rakyat AS mengetahui bahawa ada harapan dan kami yakin bahawa jika kita terus melakukan benda yang betul sehingga hujung bulan ini, maka kita secara perlahan-lahan boleh membuka semula beberapa tempat,” katanya.

Pada masa sama Adam berkata, jangkaan kematian akibat wabak itu terlalu tinggi.

Pasukan pertugas khas Rumah Putih untuk Covid-19 menjangkakan kadar kematian sekitar 100,000 hingga 240,000 seminggu lalu, sambil menambah untuk memastik jumlah kematian tidak melebihi angka itu hanya mampu diperolehi melalui pelaksanaan jarak sosial yang ketat.

Jika tidak, menurut pasukan petugas itu, jangkaan angka kematia akan lebih tinggi. – Al Jazeera.

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button