Nasional
Trending

Netizen tak puas hati pengeluaran KWSP

PENGELUARAN daripada Akaun 1 Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP) yang terhad kepada golongan dan jumlah tertentu dipertikai netizen.

Ini kerana pengeluaran sejumlah RM6,000 secara bulanan selama setahun itu dikatakan tidak mencukupi bagi membantu mereka dalam menghadapi tekanan ekonomi.

Malah, pemberian yang hanya dihadkan kepada golongan yang diberhentikan kerja iaitu sehingga 600,000 orang sahaja sepatutnya diberikan kepada semua.

Netizen juga dilihat meluahkan rasa kecewa kerana bantuan tersebut diharap dapat digunakan sebagai modal untuk perniagaan.

“Kalau tauke dan banyak duit, boleh tak mahu pengeluaran KWSP RM10,000. Yang sudah diberhentikan kerja lebih daripada tiga bulan macam mana?

“Orang nak juga cuba berniaga. Bukan hendak kerja sahaja. Tauke-tauke sekarang ini pun tak nak ambil orang kerja. Gayanya macam tak nak orang senang.

“Baharu hendak rancangn niaga, sudah berkecai impinan.

“RM500 KWSP itu kalau suami ister tak ada kerja, tak sampai sebulan nak makan. Di Sabah ini harga barang mahal, bukan macam dekat seberang.

“Betul-betul bikin kecewa, ” luah Daniel B. Mock.

“RM500 hendakn buka bisnes apa?” soal Faruz Stark.

“RM10,000 sekaligus kan baharulah boleh buka perniagan kecil. Hendak buat pinjaman bukan senang lulus.

“RM500 belanja dapur dan sewa rumah pun sebulan tak lepas,” komen Jamri Jaafar.

“RM500 sahaja? Mahu buat apa dengan RM500 itu. Bukan tak bersyukur tetapi RM10,000 sekurang-kurangnya rakyat boleh juga cari idea mahu buat bisnes,” ujar Johari Abas.

Terdahulu kerajaan memperkenalkan pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP menerusi program i-Lestari sebanyak RM6,000.

Menerusi program tersebut, pencarum dibenarkan mengeluarkan sebanyak RM500 sebulan sejak April 2020 hingga Mac 2021. – SM

(Visited 552 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button