JenayahNasionalNegeri

Siput buluh: Tiga tekong, 8 awak-awak Thai ditahan

SANGGUP terjun laut untuk menyelamatkan diri dari ditangkap ketika dikesan oleh pihak berkuasa semasa sibuk menangkap siput buluh.

Sekalipun keadaan ini agak mencemaskan tetapi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis mampu mengawal keadaan.

Salah satu dari bot yang berpengkalan di negara jiran menceroboh perairan negara untuk menangkap siput buluh. – Gambar Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, rondaan pihak Maritim juga tidak sia-sia apabila berjaya menahan tiga buah bot nelayan asing tanpa nombor pendaftaran di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, Perlis semalam.

Mohd Hashim berkata, ketika itu bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis iaitu Bot Perkasa 1227 melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis.

Beliau berkata, ketika dihampiri, beberapa buah bot dilihat dalam keadaan yang mencurigakan.

“Ketika ditahan mereka disyaki sedang melakukan aktiviti menangkap siput buluh dalam keadaan gelap,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, setiap bot itu masing-masing dikemudikan tiga tekong dan lapan orang awak-awak warga Thailand yang berumur dari 18 hingga 42 tahun.

“Terdapat beberapa awak-awak telah bertindak terjun ke laut dan cuba melarikan diri namun situasi cemas tersebut dapat dikawal anggota bot Maritim,” katanya.

Katanya, bot dan hasil laut dianggarkan bernilai RM40,000 bersama-sama 11 suspek diiringi ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 15 (1) (a) iaitu menangkap ikan dan sebagainya oleh vesel penangkapan ikan asing di perairan perikanan Malaysia tertakluk kepada subseksyen (2) iaitu menangkap ikan atau cuba menangkap ikan dan Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) iaitu  tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Sebahagian awak-awak warga Thai ditahan bersama bot yang digunakan bagi menangkap siput buluh di perairan negara. – Gambar Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999. – SM

BACA Siput sedut antara hidangan menarik di Hotel Maya, KL

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button