fbpx
Politik

Rakyat terus pertikai kenyataan ‘Rule of Law’ Jemaah Menteri

RATA-RATA netizen yang menyuarakan pandangan terhadap satu kenyataan Jemaah Menteri bertajuk ‘Prinsip Kedaulatan Undang-Undang’ dipertikai.

Bukanlah kenyataan tetapi pendirian ‘rule of law’ yang dilaung kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak mula memerintah negara disifatkan berat sebelah.

Selain itu netizen juga mendakwa kerajaan bersikap pilih kasih dalam melaksanakan prinsip kedaulatan undang-undang.

Justeru kenyataan dimuatnaik Facebook Kelab Che Det itu terus dikecam netizen apabila kerajaan bertindak bagi insiden yang berlaku terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut mereka, Jemaah Menteri hanya menegakkan undang-undang yang berpihak kepada mereka sebaliknya kes-kes yang sepatutnya diberi keadilan tiada perkembangan.

[BACA ARTIKEL] Serangan ke atas Syed Saddiq biadap — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Syed Saddiq perjelas kenapa lompat pagar — Suara Merdeka

“Kes arwah Adib (Muhammad Adib Mohd. Kassim) diam sampai hari ini. Kes Syed Saddiq baharu beberapa hari sudah keluar statement.” kata Ahmad Khales.

“Masa kes arwah Adib, undang-undang mana? Bukan Kes tisu terkoyak!! Mati dah pun,” komen Shuhaifi Amir.

KES perbicaraan Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim masih tiada perkembangan terbaharu.

“Kes Adib sudah berapa lama sembang? Kes air kencing pun sampai sebulan walau disahkan positif boleh dilepaskan,” luah Syaf Amir.

Netizen turut menyentuh kes-kes lain yang masih tiada perkembangan seperti isu penghinaan agama melibatkan pemimpin kerajaan dan Jemaah Menteri.

“Cuba pastikan masalah sebelum ini diselesaikan dahulu, seperti kes Menteri Senator yang menghina agama negara bangsa di luar negara,” ujar Hasmadi Abdullah.

“Bagaimana pula dengan serangan menghina Nabi Muhammad S.A.W., Permaisuri Agong, dan Raja-Raja Melayu? Menghina Jalur Gemilang dan bekas perajurit?” soal Ramlan Ibrahim.

[BACA ARTIKEL] Isu perkauman, agama membebankan PDRM – KPN – Suara Merdeka

Kes dadah ADUN Dengkil?

Turut tidak terkecuali adalah kes melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Kes ADUN Bersatu ‘main bedak’ pun punya lama hendak dapat keputusan. Lagi mahu sembang bab undang-undang,” kata Muhamad Syawal Mohd. Zublie.

“Rule of law konon, kes arwah Adib, rogol oleh Exco DAP, menteri sokong kumpulan pengganas LTTE, kumpulan hidupkan kembali ideologi komunis apa cerita?” soal Syahid Baharudin. – SM

[BACA ARTIKEL] ADUN Dengkil Adhif Syan nafi ditahan polis — Suara Merdeka

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button