Politik

Ambiga Pengerusi SPR: Perkasa harap ia tidak benar

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menolak pemilihan aktivis dan peguam, Ambiga Sreenevasan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini kerana, pelantikan Ambiga dilihat terlibat dengan perjuangan aktivis yang bertentangan dengan budaya Melayu seperti LGBT.

Malah, pelantikan beliau juga ke dalam badan pengurus pilihan raya itu dikatakan bertentangan dengan perjuangan kerajaan Melayu.

“Perkasa berharap khabar ini tidak benar. Perkasa berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak teruskannya jika ia berita benar.

“Saya percaya semua NGO-NGO (organisasi bukan kerajaan) Islam dan Melayu menentangnya sama sekali.

BACA > Ajal  di Tasik Paya Biru – Suara Merdeka

“Pejuangan sebuah kerajaan Melayu hanya retorik sahaja jika lantikan ini menjadi kenyataan.”

Demikian kenyataan Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali baru-baru ini mengulas cadangan Ambiga untuk dilantik sebagai Pengerusi SPR.

Beliau juga berkata demikian susulan perletakan jawatan Ramlan Ibrahim sebagai Ahli SPR dipercayai sebagai protes terhadap pemilihan Ambiga.

SYED HASSAN SYED ALI

Justeru, beliau menggesa kerajaan dan Perdana Menteri supaya memilih calon yang lebih layak terutama dalam kalangan orang Melayu.

Menurutnya, tindakan itu juga bertentangan dengan tujuan Muhyiddin membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meninggalkan Pakatan Harapan.

BACA > Kluster Sivagangga: Lima sekolah di Kedah diarah tutup – Suara Merdeka

“Perkasa tidak dapat menerima bagaimana YAB PM tinggalkan PH demi kuasa Melayu.

“Tetapi jawatan penting seperti itu diberi kepada bukan Melayu pejuang LGBT yang sama sekali bertentangan Islam.

“Sudah tiada tokoh Melayu yang lain ke?” soalnya.

Malah, Syed Hassan menambah, Perkasa pasti menolak kepimpinan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu jika hasrat melantik Ambiga sebagai Pengerusi SPR diteruskan.

“Perkasa pastinya menolak kepimpinan YAB Tan Sri selepas ini.

“Kerana rasanya YAB Tan Sri terlihat sebagai puppet kepada pihak tertentu setelah sebelum ini seorang pejuang pesta arak dilantik sebagai YDP (Yang Dipertua) Dewan Rakyat,” tegasnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan Datuk Azhar Azizan Harun meletakkan jawatan sebagai Pengerusi SPR berkuat kuasa pada 29 Jun lalu.

BACA > PRN Sabah: Agihan kerusi PN selesai dalam tempoh 2 minggu – Suara Merdeka

Azhar Azizan kemudian dipilih sebagai YDP Dewan Rakyat ke-10 pada 13 Julai lalu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof. – SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button