Nasional

Netizen mahu lelaki cium bibir budak lelaki disebat

Selepas tular video seorang lelaki dewasa mencium bibir budak lelaki, selain polis memburunya, netizen juga mula membuat bising.

Rata-rata netizen mahukan hukuman berat dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mereka mahukan pesalah disebat dan bukan hanya didenda, kerana pada pandangan netizen hukuman sebat akan memberi keinsafan kepada individu terbabit dan menjadi pengajaran kepada masyarakat keseluruhannya.

Bagaimanapun undang-undang di negara ini tidak memperuntukkan hukuman sedemikian.

Sehubungan itu mungkin pihak terbabit boleh memikirkan supaya undang-undang dipinda atau digubal, bagi menyekat kegiatan sedemikian yang dikhuatiri merosakkan masyarakat.


Dalam pada itu Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan.

Video berkenaan tular dalam media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir budak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif.

 

(Visited 241 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button