Nasional

Netizen mahu kerajaan lockdown Kedah, Perlis, Pulau Pinang

LOCKDOWN! Itulah permintaan netizen kepada kerajaan bagi menghalang penduduk dari empat negeri di utara dari keluar atau masuk berikutan penularan wabak Covid-19.

Kedah kini seolah-olah menjadi sarang Covid-19 setelah tercetus kluster Sivagangga di Napoh, pandemik itu mulai merebak ke tiga kawasan lain iaitu Tawar, Muda dan Sala.

Perlis setakat ini kluster Sanglang masih terkawal dan tidak merebak ke kawasan lain, manakala Pulau Pinang mencatatkan satu kes semalam.

Permintaan netizen itu memang kelihatan agak tidak masuk akal dan sukar dilayan oleh kerajaan, namun jika situasi semakin memburuk ia tidak mustahil tindakan drastik diambil.

Bagaimanapun semua ini terletak di tangan orang sendiri untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak berkenaan dengan mengamal langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka, menjaga jarak fizikal serta mengamalkan kebersihan yang ketat termasuk segera mandi dan basuh baju yang digunakan segera sebelum bergaul dengan ahli keluarga lain setelah pulang dari luar.

Sebenarnya selagi jangkitan ini masih boleh dikenal pasti sumbernya dan dikategori klusternya ia masih lagi terkawal.

Negara lain kes harian mencatatkan angka lebih seribu dan tidak dapat dipastikan sumbernya dan kluster. – SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button