Uncategorized

Zed Zaidi terkilan tak sempat berbuat apa-apa untuk penggiat seni menerusi Finas

Akibat penamatan kontrak sebagai ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 16 Disember lalu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi tampil meminta maaf kepada seluruh penggiat seni.

Menurut Zed Zaidi, dia tidak sempat untuk berbuat apa-apa kebajikan kepada penggiat seni berikutan kontraknya bersama Finas telah tamat.

Tambah Zed Zaidi, pelantikannya sebagai ahli lembaga sebelum ini bukan berdasarkan politik tetapi berdasarkan industri.

“Saya terkilan sebab saya tak sempat nak buat macam-macam benda untuk industri bila duduk dalam Finas itu terlalu singkat.

“Ia antaranya seperti had masa bekerja, gaji minima, kontrak standard, penambahbaikan dan macam-macam lagi pangkalan data untuk penggiat seni.

“Jadi saya berharap pelantikan selepas ini biarlah dikalangan mereka yang tahu peranan sebagai ahli lembaga yang menbawa hala tuju industri ini ke tahap mana, serta garis panduan dan dasar yang relevan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim memberitahu, enam ahli lembaganya iaitu Zed, Ahmad Ibrahim, Datuk A. Aida, Shures Ratnakrishnan, Datuk Seri Rosmadi Ismail dan Adam Ham Kou Kee ditamatkan perkhidmatan biarpun belum setahun berkhidmat dengan mereka.

Penamatan itu berikutan perubahan kerajaan yang menyaksikan portfolio Kementerian Komunikasi dan Multimedia diberi nama baharu kepada Kementerian Komunikasi dan Digital diterajui oleh Menteri, Fahmi Fadzil.

(Visited 463 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button