Politik

Mahathir, Anwar dijangka mengadap Agong esok

Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat akan menghantar surat kedua kepada Yang di-Pertuan Agong esok bagi memohon perkenan baginda untuk menerima petisyen rayuan menamatkan darurat.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad merangkap Ahli Parlimen Shah Alam memaklumkan hal tersebut dalam sidang media ‘Darurat dan Mudarat Ekonomi’ di Hotel Tamu di ibu negara hari ini.

Katanya, ia berkaitan surat permohonan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyembah maklum terhadap kesan darurat kepada ekonomi negara.

Turut dijemput untuk menyertai rombongan ke Istana Negara adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Rombongan dijadualkan akan berada di Pintu 3, Istana Negara jam 3 petang esok.

(Visited 643 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button