Hiburan

Netizen Ejek Takdir Allah, Kononnya Jasmin Hamid Sakit Jantung Kerana Suami Muda

PELAKON Jasmin Hamid meminta netizen untuk tidak terus menabur fitnah terhadap suaminya, Nazmir Abd Rahim yang diejek-ejek sebagai punca dirinya diserang sakit jantung dan dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad CCU Selasa lalu.

Jasmin berkata, dia tidak pernah untuk mempedulikan komen-komen ‘jahat’ netizen sebelum ini. Namun, apa yang dilihat di media sosial dirasakan sebagai tidak patut dan dia sebagai isteri perlu tampil untuk membela suaminya.

“Hentikanlah fitnah terhadap saya dan suami, lebih baik anda tikam saja saya daripada fitnah sebegini.

“Selama ini saya tidak pernah peduli dengan komen-komen seperti itu. Namun, saya perlu bersuara kerana kasihan akan suami saya,” katanya menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikToknya baru-baru ini.

Sementara itu, Nazmir menerusi kemas kini Facebook milik Jasmin mengakui menikahi isterinya demi Allah meminta agar orang ramai menghormati isterinya yang masih sedang mendapatkan rawatan di hospital.


Dalam masa yang sama, Nazmir turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan isterinya itu.

“Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian.

“Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah,” katanya.

Terdahulu, Nazmir menerusi Instagram Jasmin memberitahu yang isterinya dimasukkan ke CCU akibat serangan jantung.

Untuk rekod, selain Jasmin, adik lelaki Jasmin dan juga arwah ibunya juga mempunyai masalah jantung.

(Visited 470 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button