Alam SekitarBanjirNegeriRencah Hidup

Netizen dan media sosial lebih pantas bantu mangsa banjir

APABILA mangsa-mangsa banjir meminta pertolongan, bukan soal siapakah yang lebih pantas. Agensi kerajaan atau masyarakat dan netizen dalam bertindak cergas.

Semalam adalah contoh terbaik apabila rakyat Malaysia yang dibawah #KeluargaMalaysia bersatu hati menghulurkan bantuan menyelamatkan mangsa-mangsa banjir yang terkandas.

Sama ada mereka terkandas di rumah akibat air naik dengan pantas ataupun tersangkut di jalan-jalan raya ekoran kesesakan, merek adalah mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan.

Jangan kita pandang mangsa banjir di Shah Alam, Selangor sahaja tetapi lihatlah juga mangsa banjir di lain-lain kawasan.

Kalau di Pahang mangsa banjir yang dipindahkan menyumbang kepada angka 14,000 orang, tidak termasuk mangsa banjir yang berada di Janda Baik.


Mungkin kawasan Janda Baik dipandang terpencil tetapi kalau ada mangsa banjir di situ, bantulah. Memang mujur yang amat sangat apabila tiada korban jiwa ekoran banjir yang berlaku semalam.

Kehilangan harta benda boleh diganti dan dibina semula cuma ia memerlukan kos dan wakil-wakil rakyat, silalah jalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Setakat ini, maklumat yang SUARA MERDEKA perolehi, bekalan air bersih di masjid dan dewan orang ramai yang menempatkan mangsa-mangsa banjir di Janda Baik malam tadi amat diperlukan sebelum terputus.

Terdapat lapan lokasi di kawasan berkenaan yang berhadapan dengan masalah pokok-pokok tumbang dan pemandu perlu berhati-hati apabila melalui jalan-jalan berkenaan.

Kerja-kerja pembersihan di Janda Baik dan pemulihan, menurut sumber, sedang dijalankan hari ini walaupun sekarang keadaan cuaca mendung.

“Rumah dalam kawasan Pulau Santap, Janda Baik, tepi sungai rosak teruk dan kerugian pun besar,” kata sumber.

Apabila masyarakat menggunakan media sosial seperti Facebook, aplikasi WhatsApp dengan baik, ia menjadi penyalur maklumat dan perantara untuk mendapatkan bantuan dalam keadaan kecemasan.

Rakyat Malaysia hari ini lebih bijak menggunakan platform media sosial yang mendapat respons lebih pantas.

Demi nyawa, kita semua boleh bersatu, bertindak secara berjemaah dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Inilah semangat #KeluargaMalaysia yang ditonton oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – SM

(Visited 240 times, 2 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button