Luar NegaraUncategorized

Iran lancar 12 roket ke atas kepentingan AS di Iraq

IRAN telah melancar serangan peluru berpandu terhadap markas udara menempatkan tentera Amerika Syarikat dan tentera bersekutu di Iraq awal pagi ini.

Sekurang-kurangnta 12 peluru berpandu disasarkan terhadap markas udara AS al-Asad dan Erbil di Iraq.

Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata, serangan itu bagi membalas dendam atas kematian komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani, dalam serangan dron AS di Iraq Jumaat lalu.

IRGC, dalam kenyataan menerusi siaran televisyen negara itu, menasihatkan AS menarik balik pasukan tenteranya dari wilayah itu bagi mengelakkan lebih banyak pembunuhan.

Seorang pegawai kanan Iraq dipetik berkata, Teheran sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk membalas dendam kematian Soleimani dengan serangan keras yang pasti membabitkan kehilangan nyawa, pada masa dan tempat yang sesuai.-Agensi

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button