NegeriTravel

Bawa dokumen, pengenalan diri yang sah jika melawat Istanbul

WARGANEGARA Malaysia yang melancong di Turkiye terutamanya di Istanbul dinasihatkan sentiasa membawa dokumen dan pengenalan diri yang sah dan mengemukakannya jika diminta pihak berkuasa.

Pelancong Malaysia juga disarankan mengambil insurans perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di luar negara sekiranya ditimpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Bagi yang memerlukan sebarang bantuan konsular ketika di Istanbul atau kawasan sekitar dengannya bolehlah berhubung dengan pihak Konsulat melalui e-mel [email protected] atau talian +90 212 989 10 01.

Demikian menurut Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir selepas menerima sumbangan bantuan Ibnu Sabil daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM5,000 yang berkenan dikurnia oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini.

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di Arnavutköy ketika singgah semasa mengetuai delegasi Jelajah Ilmu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke beberapa buah negara Baltik sebagai Canselor UniMAP.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadia isteri Konsul Jeneral Malaysia; Noor Lily Mohamed Zaidel; Konsul, Mardhiah Muhamad Sabri; dan Konsul (Pentadbiran/Konsular), Lukman Sayuti.

Inisiatif Ibnu Sabil merupakan sumbangan murni oleh MAIPs kepada beberapa buah Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia terpilih di luar negara untuk digunakan bagi membantu warganegara Malaysia yang mengalami masalah dan kesusahan ketika berada di perantauan.

Menurut Tengku Mohd Dzaraif, Bandar Istanbul, Turkiye merupakan destinasi popular pelancong Malaysia dengan jumlah 90,000 orang pada tahun 2022 (pasca-pandemik) dan 114,000 orang pada tahun 2019 (pra-pandemik). – SM

BACA Raja Muda serah RM200,000 sumbangan rakyat Perlis kepada Turkiye, Syria

BACA Tahniah Erdogan, hubungan Malaysia – Turkiye lebih mantap – Anwar

(Visited 260 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button