Sukan

Liverpool dan Man. City seri, Arsenal kini di kemuncak liga

Liverpool dan Manchester City seri 1-1 di Anfield malam tadi untuk membolehkan Arsenal berada di kemuncak liga.

Walaupun jumlah mata antara LIverpool dan Arsenal sama,, tetapi the Gunners mempunyai kelebihan dari segi jaringan gol.

Perlawnan di Anfield malam tadi pada mulanya seakan memihak kepada tuan rumah, tetapi John Stones telah meletakkan Man City di landasan untuk menduduki tempat teratas buat kali pertama sejak November.

Tetapi penalti Alexis Mac Allister pada separuh masa kedua menjadikan Liverpool seri yang bermakna hanya satu mata memisahkan tiga pasukan teratas dengan hanya berbaki 10 perlawanan untuk setiap pasukan.

Liverpool mendapat tamparan sebelum perlawanan bermula, dengan Ibrahima Konate diketepikan kerana kecederaan dan Mohamed Salah hanya cukup cergas untuk berada di bangku simpanan bersama Andrew Robertson.

Selain itu Alisson dan Trent Alexander-Arnold turut terpinggir, bermakna lima bek Liverpool ialah Caoimhin Kelleher, Conor Bradley, Joe Gomez, Jarell Quansah dan Virgil van Dijk.

Dominik Szoboszlai memang memberikan persembahan yang diperlukan, walaupun, hanya membuat permulaan Liga Perdana pertamanya sejak Januari.

Man City melakukan dua pertukaran daripada pasukan yang memenangi derby Manchester minggu lalu, dengan Manuel Akanji dan Julian Alvarez menggantikan Ruben Dias dan Jeremy Doku.

Man City bermula perlahan namun pada pertengahan separuh masa pertama mula menguasai permainan terutama apabila Stones menjaringkan gol hasil dari sepakan sudut bijak Kevin De Bruyne.

De Bruyne melakukan hantara bola leret berhampiran tiang gol, di mana Stones dibiarkan tanpa dikawal selepas Nathan Ake telah menyekat Mac Allister.

Ia merupakan penglibatan gol ke-13 De Bruyne dalam 12 penampilan Man City pada 2024, yang terbanyak berbanding mana-mana pemain Liga Perdana merentasi semua pertandingan setakat tahun ini.

Menjelang perlawanan, Liverpool telah memenangi 22 mata daripada kehilangan kedudukan musim ini, paling banyak daripada mana-mana pasukan, dan mereka menunjukkan keutuhan mereka sekali lagi untuk menyamakan kedudukan lima minit selepas separuh masa kedua bermula, walaupun memerlukan bantuan untuk berbuat demikian.

Ake melakukan hantaran belakang yang lemah yang dicapai Nunez yang kemudiannya dijatuhkan Ederson untuk sepakan penalti disempurnakan oleh Mac Allister.

Lebih memburukkan keadaan, Ederson yang cedera dalam tindakan yang menyebabkan penalti itu digantikan oleh Stefan Ortega.

 

 

(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button