Nasional

Nekmat sedia khidmat hantar ikan ke rumah

BAGI memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menyediakan perkhidmatan Jualan Ikan Segar Beku (QFish) dan makanan laut dengan menghantarnya ke rumah pelanggan melalui pesanan kepada ‘runner’ di bawah selian persatuan itu.

Pengerusinya Abdul Hamid Bahari berkata buat permulaan, perkhidmatan di bawah program NEKMATbiz itu disediakan sekitar Lembah Klang sahaja.

“Buat masa ini, orang ramai sekitar Kuala Lumpur boleh membuat tempahan ikan secara dalam talian di www.nekmatbiz.com.my.

“Selain itu, semua pesanan akan turut diiklankan di Facebook NEKMAT setiap hari seawal pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Ikan seperti Pelaling, Kembung dan Selayang dijual dengan harga RM4 sekilogram,” menurutnya dalam satu kenyataan seperti yang dipetik dari BERNAMA.

BACA:

Semua penghantaran akan dibuat dari Pusat Pengumpulan dan Pengedaran NEKMAT Taman Wahyu di Kuala Lumpur.

Abdul Hamid berkata pihaknya membeli ikan segar daripada nelayan yang terus dihantar ke tempat simpanan sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Sehingga kini, terdapat 50 tan stok ikan Qfish dalam simpanan NEKMAT. – BERNAMA

(Visited 579 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button