Rencah Hidup

Penduduk Seoul suka kucing

SATU daripada lima isi rumah di Seoul memiliki haiwan peliharaan seperti kucing dan jumlahnya semakin meningkat, lapor agensi berita Yonhap.

Sebanyak 20 peratus isi rumah berkata mereka tinggal dengan haiwan peliharaan sejak 2018 berbanding 18.8 peratus pada 2014, memetik data Kerajaan Bandaraya Seoul pada Jumaat.

Kaji selidik dijalankan pada September tahun lepas melibatkan 20,000 isi rumah. Margin kesilapan adalah 0.47 mata peratusan dan tahap keyakinan 95 peratus.

Sementara bilangan isi rumah yang memelihara anjing pula menyumbang sebanyak 84.9 peratus untuk jumlah keluarga yang mempunyai haiwan peliharaan pada tahun lepas, menurun 88.9 peratus pada 2014.

Bagaimanapun, bilangan isu rumah mempunyai kucing meningkat kepada 12.2 peratus berbanding 8.6 peratus dalam tempoh yang sama.

Dianggarkan 2.3 peratus isi rumah mempunyai kucing dan anjing berbanding 1.9 peratus pada 2014.

Menurut data berasingan, 62 peratus memelihara haiwan kerana minat manakala 44.9 peratus lagi kerana ahli keluarga lain ingin mempunyai haiwan kesayangan.– BERNAMA

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button