Nasional

Alfatihah buat tujuh mangsa COVID-19, takziah keluarga David

MALAYSIA menyaksikan lapan individu menjadi korban wabak COVID-19. Berikut adalah mereka yang meninggal dunia.

MANGSA pertama, DAVID CHENG

  • Mendiang, yang juga pastor Gereja Emmanuel Baptist (EBC) di Taman Hui Sing di Kuching meninggal dunia pada pukul 11 pagi, 17 Mac lalu. Ia adalah kes ke-358 COVID-19 di negara ini.
  • David yang berusia 60 tahun dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICU) hospital kerana sukar bernafas.

MANGSA KEDUA, MUHAMMAD YUSUF HARON

  •  Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakar Batu, Johor Bahru pada 18 Mac lalu.
  • Tiada ahli keluarga arwah dibenarkan mendekati jenazah kerana prosedur pengkebumian sangat ketat dan diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak penularan wabak COVID-19 ini.
  • Allahyarham mempunyai enam orang anak. Lima anak bersama balu arwah masih ditahan di wad disebabkan jangkitan ini.

MANGSA KETIGA, HAJI MUHAMAD BARTOK

  • Allahyarham berusia 58 tahun adalah penghidap COVID-19 kes ke-152 daripada kluster jemaah tabligh yang berhimpun di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dari 28 Februari hingga 2 Mac lalu.
  • Allahyarham dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac setelah dikesan positif Covid-19 dan mengalami simptom Infeksi Saluran Pernafasan Akut Teruk serta diberi bantuan pernafasan.
  • Keadaan kesihatannya didapati merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum disahkan meninggal dunia 20 Mac lalu.
  • Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, Tawau.
  • Lima petugas hospital yang berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE), mengangkat jenazah menggunakan pengusung hospital.
  • Tidak seorang pun termasuk pihak media dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian jenazah.

MANGSA KEEMPAT, SHUHAIMI ABD AZIZ

  • Shuhaimi Abd Aziz, 50, disahkan meninggal dunia pukul 1.30 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.
  • Pesakit kes ke-238 itu adalah daripada kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
  • Mangsa yang merupakan bekas tentera dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac lalu selepas mengalami simptom pandemik berkenaan termasuk masalah pernafasan.
  • Mangsa meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi semalam (Sabtu 21 Mac) selepas kesihatannya mula merosot ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Melaka.

MANGSA KELIMA DAN KEENAM, RAKAYAH DRAHMAN dan NORHAFIZAH ABDUL RAHMAN

  •  Dua beranak dari Kampung No. 4, Kuching ini merupakan korban terbaharu COVID-19 di Sarawak.
  • Rakayah, 79, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.15 pagi 18 Mac lalu manakala anaknya, Norhafizah, 40, meninggal dunia pada 1.20 petang semalam, 21 Mac.

MANGSA KETUJUH, IDRIS ATAN

  • Allahyarham merupakan penghidap kes COVID-19 ke-290 berusia 57 tahun.
  • Arwah mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 daripada kluster tabligh.
  • Idris dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.
  • Keadaan kesihatannya kemudian merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya.
  • Ahli Pas kawasan Batu ini yang merupakan antara ahli terawal yang membuka cawangan parti di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves pada 1988, disahkan meninggal dunia pada pukul 3.22 petang semalam, 21 Mac.

MANGSA KELAPAN, HASSAN ABD WAHAB

  • Laman sosial KKM merekodkan, mangsa, Hassan Abd Wahab, 69, yang diklasifikasikan sebagai kluster tabligh dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac lalu setelah mengalami gejala COVID-19 sejak 12 Mac.
  • Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac, setelah didapati keadaan kesihatannya merosot serta memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya.
  • Namun, dia disahkan meninggal dunia pada pukul 4 petang semalam, 21 Mac 2020.
  • Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, di Rantau Panjang – SM
(Visited 520 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button