Nasional

Gaji tidak setara, kos sara hidup halang Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi

Merujuk kepada kenyataan Malaysian Employers Federation (MEF) mengenai fungsi Kementerian Ekonomi dalam dasar gaji, Kementerian Ekonomi bertanggungjawab menguruskan perancangan ekonomi negara secara
menyeluruh.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, gaji yang tidak setara dengan kos sara hidup adalah isu pokok yang menjadi penghalang kepada peralihan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Katanya, kebergantungan kepada pekerja berkemahiran rendah adalah salah satu punca yang mengakibatkan gaji yang tidak seimbang dengan nilai hasil pekerja di dalam ekonomi.

“Nisbah gaji pekerja (Compensation of Employees, CE) Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi tahun 2019 adalah 35.9%, jauh lebih rendah daripada negara-negara maju lain seperti Jerman (59.4%), United Kingdom
(55.5%), Australia (46.9%) dan Republik Korea (46.8%).

“Kadar gaji penengah benar (real median wages) dan gaji kemasukan baru (entry level wages), telah merosot selepas pandemik dan kekal lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik,” katanya dalam kenyataan. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button