Politik

Kedudukan Syed Saddiq sebagai presiden Muda dibincang petang ini

KEDUDUKAN Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai presiden Muda akan ditentukan pada mesyuarat khas parti petang ini.

Syed Saddiq berkata, beliau telah mempertimbangkan kedudukannya susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah atas tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada.

Menurutnya, namun keputusan sebulat suara akan dibuat pada mesyuarat 4 petang ini diikuti pengumuman pada sidang media selepas itu.

“Saya menyedari situasi terkini, sebab itu saya akan mempertimbangkan kedudukan sebagai presiden Muda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar keputusan pertuduhan kes dihadapinya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati bekas menteri belia dan sukan itu bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada bernilai lebih RM1 juta.

Syed Saddiq ketika itu adalah ketua sayap Pemuda Bersatu atau lebih dikenali sebagai Armada.

Hakim Azhar Abdul Hamid berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap presiden Muda dan Ahli Parlimen Muar itu melampaui keraguan munasabah.

Azhar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta. – SM

BACA Syed Saddiq dipenjara 7 tahun, sebatan dan denda RM10 juta

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button