Politik

Warisan yang tidak buat apa-apa, bukan BN

DAKWAAN bahawa Barisan Nasional (BN) tidak buat apa-apa untuk pembangunan Sabab adalah tidak benar kerana parti Warisan yang sebenarnya gagal berbuat demikian.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebelum Warisan memerintah Sabah, BN yang menerajui pentadbiran negeri ini yang membangunkan segala kemudahan yang ada sekarang.

Katanya, kalau hendak dikata kata BN tak buat apa-apa untuk negeri Sabah adalah tidak betul.

Ini kerana apa-apa pembangunan yang ada sekarang ini di Sabah adalah hasil dari BN sebaliknya tidak ada perkara yang baru sepanjang pentadbiran kerajaan Warisan 26 bulan.

Cuma kata beliau, apabila BN tewas dan Warisan berkuasa, segala perancangan yang telah dibuat oleh BN sebelum jatuh 26 bulan lalu tergendala.

Usaha untuk merubah landskap ekonomi dan sosial negeri Sabah dengan memperkenalkan Pan Borneo yang merupakan satu projek besar, yang akan memberikan perubahan transformasi radikal kepada kesejahteraan rakyat Sabah dihentikan.

Menurut Dr. Asyraf, projek itu bukan saja memberikan kesan kepada ekonomi yang besar tetapi dapat mewujudkan satu perubahan landskap sosio ekonomi kepada Sabah.

“Ini yang direncanakan, tetapi apabila BN yang berkuasa pada waktu itu dinafikan dan dikhianati, ditukar kepada kerajaan Warisan maka semuanya terhenti.

“Sudah tentu rakyat mengharapkan projek-projek tersebut diteruskan kerana ia bukan untuk kerajaan, bukan juga untuk kroni tetapi untuk rakyat yang akan memberikan peluang pekerjaan dan kesan gandaan ekonomi dengan mengubah daripada utara ke selatan, timur dan barat Sabah, yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

“Tetapi projek ini tergendala dan terhenti kerana pelbagai persepsi yang cuba ditimbulkan oleh kerajaan Warisan dan yang jadi mangsa adalah rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas program ceramah umum bersama Calon BN DUN Tanjung Batu,  Kalabakan.

Sebagai contoh katanya, Elaun Sara Hidup Nelayan yang dinaikkan dari RM250 kepada RM300 sebulan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, itu adalah inisiatif BN, tetapi telah di potong apabila Pakatan Harapan memerintah.

Akibat perberhentian usaha seperti itu katanya, ramai rakyat yang susah dan oleh sebab itu ini adalah masa untuk Perikatan Nasional dan BN bantu rakyat.

Dr. Asyraf hadir di DUN Tanjung Batu bagi membantu calon BN, Andi Muhammad Suryady Bandy. – SM

 

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button