Nasional

Neelofa dan suami terlibat lawatan kerja di Kedah dan Perlis – Chatime

Chatime Malaysia mengesahkan Neelofa dan Haris Ismail pergi ke Pulau Langkawi kerana menjalankan lawatan kerja.

Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, lawatan kerja tersebut meliputi tiga lokasi di zon utara.

“Tiga lokasi itu ialah di Sungai Petani, Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis. Kesemuanya bertujuan untuk pembukaan cawangan baru di Chatime zon utara.

“Lawatan ini juga melibatkan beberpa kakitangan dari Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebenaran merentas negeri ke Langkawi telah diperoleh dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan. -SM


(Visited 150 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button