Negeri

NCWO rai ulang tahun keputeraan Raja Perempuan Perlis

RAJA Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan diraikan pada majlis Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-76 oleh Majlis Gabungan Persatuan Wanita Perlis (NCWO Perlis) di Dewan Warisan, Kangar, petang semalam.

Tuanku Tengku Fauziah juga berkenan memotong kek ulangtahun. Sebelum itu, baginda juga berkenan bergambar dengan ahli NCWO Perlis.

Tuanku Tengku Fauziah bergambar dengan ahli NCWO Perlis.

Berkenan hadir Raja Perempuan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Isteri Menteri Besar, Datin Seri Nor Aswana Omar, Pengerusi NCWO Perlis, Datuk Mastika Junaidah Husin dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Berenee Yahaya.

Kira-kira 180 ahli NCWO hadir pada majlis ini.

Sementara itu, Nor Aswana dalam ucapannya berharap lebih banyak lagi persatuan atau mana-mana badan wanita di Perlis menyertai NCWO.

Beliau berkata, sekaligus penyertaan ini akan mengukuhkan lagi penubuhan NCWO yang masih baharu di Perlis.

Nor Aswana berkata, dengan adanya jalinan kerjasama NCWO dengan kerajaan negeri juga akan mampu memartabatkan kaum wanita di Perlis. – SM

(Visited 534 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button