Luar Negara

Covid-19: Ibu hanya mampu lihat anak dikebumikan online

MANGSA coronavirus termuda di Britain dikebumikan semalam oleh petugas yang memakai pakaian pelindung diri, dengan ibu dan saudara maranya hanya memerhati pengebumian itu secara online.

Ini kerana mereka perlu menjalani kuarantin.

Malah solat jenazah yang dilakukan juga menyaksikan jemaahnya menjarakkan diri antara satu sama lain dengan jenazah diletakan dalam van.

Ismail Mohamed Abdulwahab berusia 13 tahun dari Selatan London, meninggal dunia di Hospital King College pada awal pagi Isnin.

Semalam pada majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam di Chislehurst, mereka yang menziarah, termasuk bapa saudara dan sepupu-sepupunya, semuanya mengenakan PPE, berdiri jarak dua meter antara satu sama lain termasuk ketika solat jenazah, dan hanya memerhati dari jauh ketika jenazah dikebumikan.

Kematian Ismail akibat Covid-19 ekoran dia berhubungan dengan rakannya Josh Youngman dari Cardiff yang berusia 26 yang juga telah meninggal dunia memberi amaran bahawa orang muda juga turut tidak terlepas daripada menjadi mengsa kepada virus ini jika mereka ambil mudah,

Kematian beberapa orang muda akibat virus ini telah dilaporkan baru-baru ini termasuk Youngman, tukang masak, Luca Di Nicola, 19; ahli farmasi, Pooja Sharma, 33, dan pelukis Adam Harkins-Sullivan, 28.

Ibu Ismail bersama enam adik beradiknya terpaksa melihat pengebumian itu secara live streaming, ekoran dua daripada ahli keluarga mereka mempunyai tanda-tanda Covid-19.

Bapa Ismail meninggal dunia akibat kanser lima tahun lalu.

Ismail yang sebelum ini tidak mempunyai masalah kesihatan, didapati positif pada Jumaat minggu lalu dan meninggal dunia selepas tiga hari kerana kegagalan jantung dan paru-paru.

Ini menjadikannya kanak-kanak pertama di United Kingdom  yang maut akbibat virus itu di mana setakat ini sudah meragut 3,605 nyawa di negara itu.

Josh Youngman, pemuda yang meninggal dunia sebelum itu, juga sihat sebelum dijangkiti virus tersebut dan gagal untuk pulih.

Teman wanitanya, Charlotte Mills memberitahu kawan-kawan melalui Instagram: “Tolong baca ini. Bukan hanya orang tua sahaja yang mudah dijangkiti, tetapi semua orang.”

Charlotte memberitahu, Josh meninggal dunia hanya seminggu selepas dijangkiti.

“Tolong jangan ambil mudah. Tidak ada seorang pun yang boleh terlepas,” tulis Charlotte. – Daily Mail

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button