Hiburan

Mrs Malaysia Globe 2023 Serlah Aura & Pesona Unggul Wanita

5 November menyaksikan sebanyak 18 peserta beraksi di pentas Mrs Malaysia Globe 2023 bagi merebut sebuah mahkota yang berprestij.

Terdiri daripada pelbagai latar belakang, peserta dimaklumkan telah pun menjalani program khusus bermula sejak Ogos lalu.

Peserta diberi pendedahan merangkumi latihan kesedaran kognitif, bimbingan dandanan, bengkel catwalk dan bermacam-macam lagi.

Maka bertempat di Mega Arena Star, Sungai Wang Plaza, kesemua peserta perlu menzahirkan kecantikan diri mereka yang sebenar.

Program dimulakan dengan acara Smashing Stereotype diikuti Inspirational Woman Hall of Fame Award dan kemudiannya Dream Big Barbie Style.

Seterusnya, peserta perlu menzahirkan Feminity As Its Finest dan mempromosikan Decoding Dyslexia – Streetwear Auction.

Decoding Dyslexia – Streetwear Auction merupakan pakaian jalanan khas yang menonjolkan cabaran yang dihadapi oleh individu disleksia.

Uniknya, pakaian ini bukan sahaja digayakan peserta pertandingan Mrs Malaysia Globe 2023 malah ia boleh dibeli semula pada harga RM200.

Paling mengujakan, peserta juga tampil persis selebriti layar perak yang popular dan disanjung ramai menerusi segmen Hollywood Glam.

Barisan juri yang dilantik memberi penilaian kepada 18 peserta yang bersaing untuk merebut gelaran dan mahkota Mrs Malaysia Globe 2023 juga luar biasa.

Antaranya, supermodel terkenal, Amber Chia, Dato’ Lillian Tong, Lucia Wong, Desmond Yoi, Gillian Hung, Mr Shaik Rizal serta ramai lagi.

 

Bagi kategori Mrs Malaysia Classique Globe, pertandingan menyaksikan seramai lima peserta terpilih untuk sampai ke kedudukan Top 5.

Johan kategori ini dimenangi Stephanie Alcantra diikuti naib johan, Shukbir Kaur; tempat ketiga, Michelle Teo; tempat keempat, Phang Huey Jiun dan tempat kelima, Fennie Lie.

Johan Mrs Malaysia Classique Globe 2023, Stephanie Alcantra
Johan Mrs Malaysia Classique Globe 2023, Stephanie Alcantra

Bagi kategori Mrs Malaysia Globe, juga menyaksikan seramai lima peserta berjaya mara untuk berada dalam senarai Top 5.

Johan kategori ini dimenangi Jamie Choong diikuti naib johan, Juliana Khoo; tempat ketiga, Ivlyn Tan; tempat keempat, Erin Tan dan tempat kelima, Cynthia Lee.

Keputusan ini sekali gus menjadikan Jamie Choong sebagai penerima mahkota dan gelaran Mrs Malaysia Globe 2023 dengan penuh karisma.

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button