JenayahNasional

Polis Filipina selamatkan wanita Malaysia diculik “kekasih” dalam talian

PERTEMUAN pertama seorang wanita Malaysia dengan “kekasih” dalam taliannya bertukar mimpi ngeri apabila lelaki itu menculiknya dan menuntut wang tebusan lebih RM23,000 daripada keluarganya.

Manila Bulletin melaporkan wanita itu yang identitinya tidak didedahkan, berkenalan dengan lelaki yang dikenali sebagai “Jerry” melalui aplikasi janji temu dan terbang ke Filipina pada Isnin lepas untuk menemuinya.

“Mangsa dibawa “Jerry” dari lapangan terbang ke Carmona di Cavite, sebuah wilayah di Luzon di mana dia ditahan,” kata Ketua Polis Filipina Rodolfo Azurin.

Katanya, mangsa kemudian dipaksa menghantar mesej kepada keluarganya di Malaysia untuk meminta wang tebusan kira-kira 300,000 peso (RM23,760) agar dia dibebaskan

Tanpa disedari penculik, mangsa menghantar gambaran “Jerry” dan seorang lagi lelaki serta kenderaan yang mereka gunakan ketika menjemputnya di lapangan terbang.

Berdasarkan maklumat itu, polis Filipina melancarkan operasi menyelamat bagi membebaskan mangsa dan menahan dua suspek, seorang daripadanya ialah rakyat Malaysia.

Dua suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Filipina di bandar Quezon. – SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button