Politik

Nasib Veveonah bertambah baik, PH menang Sabah dipinggirkan – Najib

PENYELESIAN isu Veveonah Mosibin bukan sahaja tertumpu kepada liputan jalur lebar laju yang stabil serta murah ke kawasan luar bandar tetapi memerlukan satu pelan menyeluruh untuk menaikkan ekonomi dan kesejahteraan Sabah.

Menurut bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, masalah jurang digital bukan masalah Sabah dan Malaysia sahaja tetapi dihadapi di seluruh dunia termasuk negara paling maju dan kaya.

Najib berkata, ketika pemerintahan Kerajaan Barisan pentadbiran di bawahnya menyedari kepentingan perkhidmatan jalur lebar dan cabaran jurang digital.

Justeru, kerajaan pada masa itu telah membina Pusat Internet 1Malaysia di seluruh negara untuk menyediakan khidmat internet pantas secara percuma kepada Rakyat sebagai langkah sementara.

Menurutnya, untuk membina infrastruktur jalur lebar yang murah terutamanya di kawasan luar bandar akan mengambil masa.

“Selepas staff TM melawat Veveonah, TM telah menaikkan kelajuan khidmat jalur lebar di Pusat Internet 1Malaysia yang paling dekat dengan pelajar tersebut serta berjanji akan menaiktaraf liputan jalur lebar di kawasan itu.

“Namun ini cuma internet sahaja. Usaha untuk menaikkan nasib serta mencerahkan masa depan keluarga Veveonah dan seluruh warga Sabah perlu rancangan lebih menyeluruh dan hanya dapat dilaksanakan jika kerajaan negeri mendapat bantuan kerajaan pusat yang benar-benar ikhlas untuk menaikkan Sabah,” kata Najib.

Najib berkata, nasib Veveonah yang disifatkan sebagai pelajar bijak sedang bertambah baik.

Kerana kecemerlangannya dalam pendidikan beliau telahpun diberi biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah pada bulan Jun 2020.

“Dan adik Vevenoah kini berpeluang untuk duduk dalam asrama UMS dengan perkhidmatan jalur lebar yang laju. Tidak perlu lagi duduk dalam gereja kecil dengan broadband yang kurang elok dan tidak lagi perlu memanjat pokok,” kata Najib.

Najib mendakwa, semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Ahli Parlimen Langkawi itu jarang melawat Sabah dan tidak melaksanakan apa-apa projek pembangunan yang signifikan untuk negeri itu.

Akibatnya, kadar kemiskinan tegar Sabah terus meningkat ke lebih 24 peratus.

Ahli Perlimen Pekan itu berkata, ketika menjadi PM beliau menyedari adalah tidak adil untuk terus pinggirkan Sabah.

Justeru kerajaan di bawah pentadbirannya melaksanakan pelbagai projek dan rancangan untuk Sabah.

“Malangnya selepas PH menang dan Tun Mahathir menjadi PM, Sabah dipinggirkan sekali lagi. Sebagai contoh, PM7 hanya melawat Sabah 3 kali sahaja dalam tempoh 22 bulan gagalkrasi PH.

“Sekali pada bulan September 2018 iaitu 4 bulan selepas PH menang PRU14, kerana dia terpaksa melawat sehari untuk merasmikan Hari Malaysia. Kali kedua ialah dia melawat sehari pada bulan April 2019 untuk melancarkan parti PPBM Sabah.

“Kali terakhir ialah bila dia melawat untuk sehari juga pada bulan September 2019 untuk bermesyuarat dengan PPBM Sabah. Dan inilah masa dia secara mengejut mengumumkan kenyataan tidak masuk akal bahawa Sabah adalah lebih kaya berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia,” kata Najib.

Hasilnya menurut Najib, sepanjang tempoh pentabiran PH, kadar pertumbuhan Sabah jatuh ke paling rendah antara semua negeri untuk dua tahun berturut-turut iaitu 1.5 peratus pada tahun 2018 dan 0.5 peratus pada tahun 2019.

Menurut Najib, atas sebab itu, PH tidak boleh diberikan peluang untuk terus mentadbir Sabah kerana semasa kerajaan pusat bersama PH, Sabah gagal ditadbir dengan baik.-SM

 

 

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button