Politik

Nasib UMNO dalam PRU15?

Oleh Ruhanie Ahmad

Ramai kaum Peribumi mengundi pembangkang dalam PRU14 kerana marahkan segelintir pembesar partinya yang dikaitkan dengan tuduhan skandal, rasuah dan salah guna kuasa.

Namun beberapa kajian selepas PRU14 mendapati mereka kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa meninggirkan kepentingan Islam dan Peribumi.

Ini membayangkan tiga kemungkinan. Pertama, mereka akan pulang ke pangkuan parti asalnya. Kedua, akan menganggogtai parti Peribumi yang baru. Ketiga, akan menjadi golongan yang terus menjauhkan diri dari politik.

Persoalannya, kemana arah undi mereka? Adakah UMNO mutakhir ini sudah pulih daripada imejnya yang tercemar? Adakah ia sedia membersihkan imejnya menjelang PRU15?


Adakah penyokong UMNO yang berkelana ke kem pembangkang pada 2018 akan mendukung partinya kali ini, walaupun mungkin masih tercemar imejnya?

Kalau mereka tidak mpUMNO, sudikah mereka bersama BERSATU atau PAS, untuk mengekalkan kuasa politik Peribumi di bawah Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15?

Persoalan di atas penting untuk dituntas dan dirincikan oleh semua parti politik terbabit kerana Peribumi tidak mampu kehilangan kuasa buat kali kedua menerusi PRU15.

Datuk Dr Ruhanie Ahmad

Kesemuanya juga sama pentingnya sebab Peribumi mesti bersatu jika mahu menjamin masa depannya di Malaysia yang majmuk di abad ke-21 ini.

Lantas UMNO jangan dijadikan bahan dagangan demi kelangsungan pembesarnya yang terpalit dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Anggota UMNO akar umbi pula jangan izinkan diri mereka dijadikan lembu dicocok hidung demi kepentingan pembesar yang bermasalah.

Sebaliknya, mereka perlu membebaskan diri dari pemikiran kabilah dan gunakan kewarasan untuk memperkasakan kuasa Peribumi dalam PRU15.

Perhimpunan Agung UMNO hujung Mac ini perlu dijadikan medan wacana minda untuk melakar masa depan Peribumi dalam PRU15, bukan medan untuk menjulang pembesar yang bermasalah dan boleh meruntuntuhkan negara.

Ingat kata-kata Datuk Onn Jaffar pada tahun 1946 bahawa Peribumi kena kuat jika hendak selamat, tetapi mereka hanya boleh selamat jika mereka bersatu padu.

(Datuk Dr Ruhanie Ahmad selaku penganalisis isu strategik dan keselamatan adalah mantan Ahli Parlimen Parit Sulong di Johor 1990-2003)

(Visited 289 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button